Wednesday, 11 April 2012





SEJARAH LABU SAYONG

Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan diKampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang,parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini.

Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulandalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.


HARGA
LABU SAYONG TRADISIONAL
RM 30


LABU SAYONG MODEN
RM 25


FUNGSI TEMBIKAR LABU SAYONG

Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina,bahan perhiasan dan juga cenderahati.

Masyarakat Melayu telah menggunakan labu sebagai bekas untuk menyimpan air dan juga barangan lain sejak dari dahulu kala lagi.


Air yang disimpan di dalam labu akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk diminum. Adalah dipercayai kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat yang digunakan untuk membuat labu, menjadikan air yang disimpan di dalam labu mempunyai khasiat untuk melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam.



PETUA  

Sebelum menggunakan labu untuk menyimpan air, masukkan air ke dalam labu, biarkan semalaman dan buang air didalamnya pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kali sebelum airnya digunakan untuk diminum.

Petua ini adalah bertujuan untuk membersihkan labu dan mengurangkan rasa payau air labu. Elakkan dari membasuh labu menggunakan sabun,kerana sabun akan meresap ke dalamlabu dan air didalamnya menjadi kurang enak.




ALATAN DAN BAHAN


ALATAN:
  1. Ayak
  2. Dawai Pemotong
  3. Pinggan
  4. Capah
  5. Penepek
  6. Penggelek,Kayu,Papan gelek,Angkup luar
  7. Batu luru
  8. Pengukir kayu
  9. Kayu Tera
  10. Lelarik
  11. Pelarik
  12. Span
  13. Pengukir besi,Pengukir dawai,Penepik kayu berukir.


BAHAN:
  1. Tanur
  2. Tanah Liat
  3. Sepuh
  4. Tong
  5. Rak


GAMBAR ALATAN DAN BAHAN




MEMBAKAR TEMBIKAR LABU

•Dilakukan agar tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air.
•Labu sayong biasanya dibakar dengan teknik tanur dedah.
•Sekarang labu dibakar dalam tanur moden, yang menggunakan tenaga elektrik dan gas.
•Keistimewaan penggunaan tanur moden adalah ia dapat dikawal semasa proses membakar labu dijalankan.
•Selain itu, ia juga dapat membakar sepuh hingga suhu yang paling tinggi iaitu 1326 darjah celcius.


____________________________________________

Jika anda berminat dengan TEMBIKAR LABU yang kami hasilkan anda bole  
E-MAIL kan JENIS dan SAIZ TEMBIKAR yang anda mahukan ke:

ayuamani91@gmail.com

_____________________________







No comments:

Post a Comment