SEJARAH LABU SAYONG
Menurut cerita,
dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari
Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah
seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah
dianugerahi tanah oleh sultan diKampung Kepala Bendang sebagai
menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang,parang, keris
dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu
kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat
labu hingga ke hari ini.
Penggunaan tembikar
dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh
golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya,
sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulandalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan
Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari,
baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman
dan untuk bersiram.
HARGA
LABU SAYONG TRADISIONAL
RM 30
HARGA
LABU SAYONG TRADISIONAL
RM 30
LABU SAYONG MODEN
RM 25
FUNGSI TEMBIKAR LABU SAYONG
Labu Sayong
bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai
bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina,bahan perhiasan dan juga
cenderahati.
Masyarakat
Melayu telah menggunakan labu sebagai bekas untuk menyimpan air dan juga barangan
lain sejak dari dahulu kala lagi.
Air
yang disimpan di dalam labu akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk
diminum. Adalah dipercayai kandungan mineral yang unik di dalam tanah liat yang
digunakan untuk membuat labu, menjadikan air yang disimpan di dalam labu
mempunyai khasiat untuk melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam.
PETUA
Sebelum
menggunakan labu untuk menyimpan air, masukkan air ke dalam labu, biarkan
semalaman dan buang air didalamnya pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3
atau 4 kali sebelum airnya digunakan untuk diminum.
Petua
ini adalah bertujuan untuk membersihkan labu dan mengurangkan rasa payau air
labu. Elakkan dari membasuh labu menggunakan sabun,kerana sabun akan meresap ke
dalamlabu dan air didalamnya menjadi kurang enak.
ALATAN DAN BAHAN
ALATAN DAN BAHAN
ALATAN:
- Ayak
- Dawai Pemotong
- Pinggan
- Capah
- Penepek
- Penggelek,Kayu,Papan gelek,Angkup luar
- Batu luru
- Pengukir kayu
- Kayu Tera
- Lelarik
- Pelarik
- Span
- Pengukir besi,Pengukir dawai,Penepik kayu berukir.
BAHAN:
- Tanur
- Tanah Liat
- Sepuh
- Tong
- Rak
GAMBAR ALATAN DAN BAHAN
MEMBAKAR TEMBIKAR LABU
•Dilakukan
agar tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air.
•Labu
sayong biasanya dibakar dengan teknik tanur dedah.
•Sekarang
labu dibakar dalam tanur moden, yang menggunakan tenaga elektrik dan gas.
•Keistimewaan
penggunaan tanur moden adalah ia dapat dikawal semasa proses membakar
labu dijalankan.
•Selain
itu, ia juga dapat membakar sepuh hingga suhu yang paling tinggi iaitu 1326
darjah celcius.
____________________________________________
Jika anda berminat dengan TEMBIKAR LABU yang kami hasilkan anda bole
E-MAIL kan JENIS dan SAIZ TEMBIKAR yang anda mahukan ke:
ayuamani91@gmail.com
_____________________________